Wednesday, August 20, 2008

Negativiti

Telah pun luntur
Warna-warna moraliti.

Dunia kini
Kekeringan nilai-nilai budaya
Nafsu datang melanda
Dari segenap pelusuk
Melemahkan jiwa insan kini.

Yang buruk disanjungi
Yang baik dipijak
Keimanan terkubur
Di sebalik nafsu rakus.

Manusia, dimanakah kamu berada?
Tampillah ke depan
Agar dapat ku lihat
Keangkuhan kamu
Yang kamu sanjungi
Bagai mahligai bertatahkan berlian
Di sisi bulan purnama
Yang putih berseri.

Kau telah hilang dihanyut nafsu
Nafsu yang tiada batasnya
Mengaburi mata jernih mu
Agar kamu mengingkari
Arus kebenaran.

Tradisi
Hanya tinggal kenangan
Satu memori di jiwa alam.
Kewujudan kemodenan
Membaja pertumbuhan kota-kota baru
Yang menjadi sarang
Maksiat yang berpeleseran
Di hati manusia durjana.

Ke manakah tujuan kamu?
Berbekalkan nafsu syaitan
Yang bakal menggerudi
Jasad dan jiwamu
Sehingga kamu meraung kesakitan
Yang tiada terperi.


(30 Ogos 1996, SCAP, Pulau Pinang)

©cyclopseven. All rights reserved 210808.

4 comments:

zahida zarkasi said...

saya kagum dengan bakat yang anda miliki. bukan setakat sajak berbahasa inggeris malah anda juga mampu menghasilkan sajak yang puitis dan menarik berbahasa melayu. saya akan link blog anda..tq

cyclopseven said...

Zahida, terimakasih kerana sudi meluangkan masa mengunjungi blog ini.

Devika said...

this I miss badly...
How I wish I knew Malay...
God bless!
devika

Keshi said...

ty for dropping by my blog :)

Keshi.